Sumbangan kepada asnaf Masjid Khairiah Lenggeng
Petang Selasa 5 Disember baru-baru ini Salam Care ke Masjid Khairiah Lenggeng, Negeri Sembilan dalam program ringkas sumbangan Bakul Rahmah kepada asnaf kariah masjid. Dua puluh orang asnaf mendapat manfaat daripada sumbangan tersebut. Terima kasih kepada AJK masjid atas sokongan dan kerjasama penuh yang diberikan. Juga para dermawan. Semoga dapat berjumpa dalam program sumbangan yang akan datang. Lawati laman web salamcare.org untuk info dan menyumbang.










