Jelajah Utara – Sumbangan Rumah Anak Yatim
Sempena program jelajah utara Salam Care ke Perlis dan Perak dari 23 Okt 2021 sehingga 25 Okt 2021, Salam Care sempat menziarahi rumah kebajikan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Tasawwur Islam Perak. Salam Care telah menyumbang satu set meja dan kerusi marmar untuk kegunaan anak-anak yatim di rumah berkenaan disamping melihat perkembangan projek bangunan baru pejabat dan asrama pelajar rumah kebajikan berkenaan. Ziarah telah disambut dan penerangan mengenai rumah kebajikan berkenaan disampaikan sendiri Datuk Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Tasawwur Islam Perak, Ustaz Datuk Seri Ahmad Awang.
Anda boleh lawati laman FB Rumah Anak Yatim Tasawwur Islam Simpang 4 Semanggol untuk maklumat lanjut.








