Misi Bantuan Pasca Banjir di Temerloh & Ketari

Hari ini bersama 10 sukarelawan Salam Care ke Temerloh menyerahkan barangan sumbangan berupa peralatan solat, dapur, toto dan selimut untuk seramai 60 keluarga. Sebahagian sumbangan dapat disampaikan terus kepada penerima dan sebahagian lagi disampaikan melalui wakil kami di sana. Juga memanjangkan sumbangan untuk mangsa banjir melalui Pusat Operasi Banjir Temerloh dan Ketari, Bentong. Semoga sumbangan dapat membantu mereka yang terkesan. Terima kasih para dermawan yang terus menyumbang sambil beramal. Moga bersama kita dilimpahi rahmat Ilahi.

Sumbangan untuk mangsa banjir masih diteruskan dan boleh dibuat melalui Salam Care melalui pautan berikut:
https://salamcare.my/misi-bantuan-banjir/
https://salamcare.my/misi-bantuan-banjir/
https://salamcare.my/misi-bantuan-banjir/

Similar Posts