Misi Bantuan Pasca Banjir di Hulu Langat

Sukarelawan Salam Care berpeluang bersama i-Bantu IKRAM Gombak serta kakitangan Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd menyumbang tenaga membantu membersihkan sebuah rumah yang ditimpa musibah banjir. Rasa penat tapi berbaloi. Terlalu kecil sumbangan berbanding ujian yang menimpa mereka yang mengalaminya. Semoga Allah memberkati.

Insyaallah beberapa siri misi bantuan pasca banjir akan terus diatur untuk membantu penduduk yang terkesan di Hulu Langat dan di kawasan lain. Semoga penduduk terjejas tabah dan bersabar dengan ujian ini.

Sedikit kisah pemilik rumah yang dibersihkan. Rumah yang kami cuci ini pemiliknya seorang makcik tinggal seorang. Rumah sebelahnya dalam lot tanah yang sama adalah rumah anaknya. Semasa malam kejadian banjir anaknya tiada di rumah. Air naik terlalu cepat, makcik itu cuba meredah air keluar rumah tetapi hanyut dibawa air yang deras. Alhamdulillah, jiran lain yang melihat keadaan beliau sempat mencampakkan tali dan menarik beliau ke kawasan selamat.

Yang ingin menyumbang melalui Salam Care, boleh ke link berikut:
https://salamcare.my/misi-bantuan-banjir/
https://salamcare.my/misi-bantuan-banjir/
https://salamcare.my/misi-bantuan-banjir/

Similar Posts