Sumbangan Mushaf Kepada Sekolah Temerloh
Pasukan sukarelawan Salam Care hari ini membawa amanah para penyumbang menyampaikan sumbangan mushaf Al-Quran rasm Uthmani kepada 6 buah sekolah. Antaranya Maahad Tarbiah Islamiah Kampung Chatin, Mentakab; Sekolah Rendah Agama At-Taqwa, Tanjong Lalang, Temerloh; Kolej Vokasional Puteri Temerloh; Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Amin, Kg Berhala Gantang, Temerloh dan Sekolah Menengah Agama Darul Naim, Kuala Krau.
Semoga Allah swt melapangkan rezeki para penyumbang dan mengurniakan pahala berpanjangan.
Sumbangan untuk mangsa banjir masih diteruskan dan boleh dibuat kepada Salam Care melalui pautan berikut:
https://salamcare.my/misi-bantuan-banjir/
https://salamcare.my/misi-bantuan-banjir/
https://salamcare.my/misi-bantuan-banjir/



















