The shortcode is missing a valid Donation Form ID attribute.
Kempen Wakaf Kerusi Roda Salam Care 2021 adalah bertujuan mengutip sumbangan bagi pembelian kerusi roda untuk diwakafkan kepada pesakit atau OKU yang kurang berkemampuan yang memerlukan penggunaan kerusi roda bagi memudahkan pergerakan harian mereka. Bantuan diberi dalam bentuk wakaf yang bermaksud penerima sumbangan mempunyai hak menggunakan kerusi roda yang diberi dan kemudahan ini akan dipindahkan kepada orang lain yang layak sekiranya penerima asal tidak lagi memerlukannya atau meninggal dunia (tertakluk kepada keadaan kerusi roda yang masih baik).
Bantuan kerusi roda berkualiti hospital kepada mereka yang memerlukan sama ada sakit atau kurang upaya (OKU). Salam Care mensasarkan kutipan sebanyak RM4,000 sehingga 31 Disember 2021 bagi membantu sekurang-kurangnya 10 orang yang memerlukan. Bantuan berterusan anda akan membantu lebih ramai yang memerlukan. Untuk kempen ini, kami juga menerima sumbangan kerusi roda terpakai yang masih baik untuk disampaikan kepada mereka yang layak.








