Kami pertubuhan yang prihatin​
Pertubuhan Salam Care atau nama ringkasnya Salam Care adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 2021 sebagai satu platform menyebarluaskan salam dengan cara mengambil peduli, prihatin dan cakna hal-hal kepentingan masyarakat. Salam Care memfokuskan aktiviti kemasyarakatan melalui program-program kebajikan dan pendidikan kepada kumpulan masyarakat yang memerlukan dan terkesan.
Salam Care didaftarkan secara rasmi di bawah Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 30 Mei 2021 dengan nombor pendaftaran PPM-016-10-31052021.
Sumbangan anda membantu menjayakan aktiviti kebajikan kami. Akaun Salam Care, Maybank Islamic 562209669032.

Sijil Pendaftaran
Sijil pendaftaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia
MATLAMAT
Penubuhan Salam Care
- Memupuk nilai-nilai kepedulian, keprihatinan dan cakna kepada ahli dan masyarakat mengenai isu-isu kepentingan umum.
- Menganjurkan program dan aktiviti kesedaran dengan tujuan melahirkan masyarakat yang peduli, prihatin dan cakna kepada isu-isu masyarakat.
- Melaksanakan program dan aktiviti yang berkaitan dengan kepedulian, keprihatinan dan cakna kemasyarakatan.
Kami bantu
mereka yang memerlukan
Kami sumbang
apa yang kami terima daripada anda
Kami bina
perhubungan dan kerjasama
Kami didik
kefahaman kemanusiaan
Melalui pendekatan rahmah, kami bersedia bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan, syarikat atau individu demi membantu mereka yang memerlukan.​

Logo Salam Care

