Misi Bantuan Pasca Banjir di Kg Tengah, Puchong
Alhamdulillah hari ini sukarelawan Salam Care diberi kesempatan untuk menyumbang tenaga membersihkan sebuah rumah yang ditimpa musibah banjir di Kg Tengah, Puchong bersama sukarelawan I-Bantu Gombak dan kakitangan Al Ameen Serve Holding Sdn Bhd.
Misi hari ini lebih kepada memunggah sampah pukal sekeliling rumah ke tepi jalan bagi memudahkan lori sampah pukal yang sedang beroperasi di kawasan tersebut untuk memungutnya. Sampah yang terkumpul dianggarkan melebihi 3 lori. Terasa sangat banyak dan memenatkan tetapi sangat berbaloi.
Semoga tuan rumah berpuas hati dengan usaha kecil kami. Dan semoga Allah mengganjari semua sukarelawan yang meluangkan masa mereka atas usaha ini.
Sumbangan kepada mangsa banjir masih diteruskan dan boleh dibuat melalui Salam Care melalui pautan berikut:
https://salamcare.my/misi-bantuan-banjir/
https://salamcare.my/misi-bantuan-banjir/
https://salamcare.my/misi-bantuan-banjir/













